CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 2008 Jun 17

A-Z Susu

A-Z :SOAL JAWAB MENGENAI SUSU SEGAR

APAKAH IA SUSU SEGAR ?

"Susu segar" adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.

DI MANA SUSU TERJADI ?

Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalam pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertambah seliingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kemudiannya berkurangan sehingga habis laktasi.

KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK ?

Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut :

Ø Protin untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.

Ø Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.

Ø Lemak untuk sumber tenaga.

Ø Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.

BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU ?

Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunakan anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.

BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU ?

Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu Laktasi ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.

APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU ?

"Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain. Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985 iaitu :

Kandungan Susu%

Ø Lemak 3.25

Ø Pepejal bukan lemak 8.50

Ø Jumlah pepejal 11.75

BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN ?

Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam "churn" atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 - 4°C sementara menunggu pemprosesan.

MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK ?

Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3° - 4°C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK ?

Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.

PUNCA SUSU ROSAK ?

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya seperti berikut :

Ø Pemerahan susu dilaksanakan di dalam keadaan yang tidak bersih

Ø Bekas susu yang tidak bersih.

Ø Tidak disimpan seperti yang dikehendaki.

Ø Adanya bahan asing di dalam susu.

Ø Susu tidak diproses dengan betul.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU ?

Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.

APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU ?

Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.

APA DIA SUSU PASTEUR ?

Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi merigikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :

Ø Kaedah Holding

Suhu susu dinaikkan kepada 63°-65°C dan dikekalkan selama 30 minit dan

disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3- 4° C sebelum dipak dan disimpan.

Ø Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat

Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72°C dan dikekalkan selama

15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4°C sebelum dipak dan

disimpan.

Pempasteuran ini adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar".

Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C

APA DIA SUSU STERIL ?

Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106°C selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipak di dalam bekas berkedap.

APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI ?

Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang daripada 135°C sekurang-kurangnya selama 2 saat, dan seteusnya dipak secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

APA DIA SUSU SKIM ?

Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA ?

Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua duanya sekali dan seterusnya

dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

APA DIA SUSU BANCUHAN ?

Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan menambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.

APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM ?

Susu tepung penuh krirn adalah susu yang kandungan aimya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

APA DIA SUSU TEPUNG SKIM ?

Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan airya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.

APA DIA SUSU SEJAT ?

Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan membancuh konstituen susu. Boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).

APA DIA SUSU ISIAN ?

Susu isian ialah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?

Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa ("lactose intolerence").

APA DIA SUSU BERPERISA ?

Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

APA DIA DADIH ?

Dadih adalah merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/ susu skim, atau/ dan bahan perisa yang dibenarkan.

Contoh Kertas Kerja

Penternakan Lembu Tenusu Dan Memasarkan Hasil Ternakan


1.0 PENGENALAN

Prospek industri tenusu di negara ini adalah amat cerah memandangkan permintaan susu segar pada hari ini melebihi daripada bekalan.

Harga susu segar telah meningkat bukan sahaja di negara kita malah di luar negara juga. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kepada kos pengeluaran serta permintaan yang meningkat.

Hari ini pengeluaran susu segar menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial kerana pelaburan yang tinggi dan penggunaan teknologi moden.

Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada susu segar semakin meningkat dari masa ke semasa.

Keupayaan mengendalikan serta kemudahan penyimpanan susu segar oleh kilang memproses susu swasta adalah sangat menggalakkan.

Pemasaran dan penjualan susu dibuat dengan teratur dan sistematik serta mengutamakan kesihatan pengguna dan tahap kebersihan.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyediakan asas yang baik di dalam industri ternakan sejak 20 tahun yang lepas. Ini dapat dilihat dengan penubuhan lebih 40 pusat pengumpulan susu (PPS) diseluruh negara untuk mengendali dan mengawasi pengeluaran susu oleh penternak.

Pengeluaran dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi kerajaan telah banyak membantu pertumbuhan industri tenusu sejak beberapa tahun kebelakangan.


Kertas cadangan ini ialah bertujuan untuk melaksanakan projek lembu tenusu dengan menggunakan baka 75 % Friesian-Sahiwal.


1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Syarikat :

Bidang Usaha : Ternakan

Jenis Perniagaan : Penternakan Lembu Tenusu Dan Memasarkan Hasil Ternakan

Lokasi Projek :

Status / Saiz Projek : Bilangan ternakan 200 ekor indouk tenusu.

Produk : Semua hasil pengeluaran ternakan seperti susu, daging, anak lembu

penggemuk, baka dan lembu singkiran.

Peluang : Tapak pilihan dikesan berpotensi untuk menjalankan projek ini dan

bebas dari persaingan serta mempunyai sistem perhubungan yang

baik.

Pentadbiran : Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan

berpengalaman. Segala kerja-kerja dan tanggungjawab akan dapat

dilaksanakan dalam satu pasukan.

Pemasaran : Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan PPIT

dan memudahkan pemasaran susu. Selain itu susu juga boleh dipasarkan terus ke restoran, kawasan perumahan dan

sebagainya oleh pengusaha.

Perancangan : Bagi tahun pertama pembesaran projek, syarikat akan memulakan projek dengan pembelian sejumlah 200 induk dan menjadikn jumlah induk sehingga 260 ekor induk dengan pengeluaran purata 3000 – 3500 liter sehari. Selain dari itu menjadi pembekal lembu dara sebnyak 50 hingga 60 ekor setahun. Bekalan lembu jantan penggemuk juga diantara 70 – 100 ekor setahun.

Masa Depan : Dari analisa yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan yang

baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari kerajaan serta

kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan,

menjadi faktor penting kepada perkembangan industri ini di masa

hadapan.

Anggaran Kos Projek : RM1.33 juta

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut:

i. Membuat penilaian keberkesanan modal sebanyak RM 1.33 juta bagi menternak lembu tenusu ada.

Tujuan pembiayaan adalah :

i. Pembelian induk ternakan

ii. Pembelian peralatan dan lain-lain kemudahan

iii. Pembinaan kandang dan stor .

iv. Penyediaan tanah dan penanaman rumput

ii. Kegunaan tanah adalah :

i. Menternak 200 ekor induk tenusu

ii.Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti pengeluaran baka dan pengeluaran daging.

iii. Garispanduan pengurusan ladang tenusu merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Rancangan pentadbiran

ii. Rancangan operasi

iii. Rancangan kewangan

3.0 LATARBELAKANG PERNIAGAAN

Nama Syarikat :

Alamat :

No. Telefon :

Bentuk Perniagaan :

Kegiatan Utama : Memelihara lembu tenusu dan memasarkan hasil

pengeluaran seperti susu, anak lembu jantan, baka dan

lembu singkiran

Tarikh Pendaftaran :

Nombor Pendaftaran :

Syarikat

Nama Bank :

Jenis Akaun Perniagaan :

4.0 LATARBELAKANG PEMILIK TUNGGAL

1. Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh Lahir :

Umur :

Jantina :

Alamat Tetap :

No. Telefon :

Taraf Perkahwinan :

Kursus Yang Pernah Di hadiri :

Kemahiran :

Pencapaian Kerja :

5.0 KEDUDUKAN PROJEK

Tapak :

Keluasan Tapak :

Di pohon

Pemilihan Tapak : Kedudukan tapak yang berhampiran dengan lebuhraya

dan jalanraya serta mempunyai kemudahan bekalan lektrik dan air akan melicinkan operasi projek

6.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan susu segar bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih terkawal dari sebarang penyakit dan mengamalkan pengurusan ternakan yang baik serta cekap.

6.1 Projek ini adalah memilihara bilangan induk sebanyak 200 ekor lembu susu (induk) dipelihara.

6.2 Pengeluaran susu adalah sebanyak 1400 liter sehari dan dijangka bertambah pada masa hadapan dengan pertambahan lembu dan peningkatan tahap pengurusan.

6.3 Anak-anak lembu jantan dan lembu tua serta tidak produktif akan dijual kepada Skim Pedaging.

6.4 Lembu heifer (dara) pula akan di jandikan gantian induk dan dijual kepada penternak tunusu.

6.5 Projek ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan disamping dapat membekalkan baka tenusu tempatan yang bermutu kepada penternak lain.

6.6 Kajian dan penilaian prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Perkhidmtan Haiwan.

7.0 CADANGAN PROJEK

Pengusaha merancang untuk menjalankan projek tenusu berdasarkan farktor-faktor berikut:-

a. Pemasaran susu yang terjamin oleh Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu.

b. Harga susu yang stabil dan terjamin.

c. Permintaan lembu dari hasil pedaging yang sentiasa meningkat.

d. Prospek projek yang boleh berkembang maju memandangkan tiada persaingan bagi industri ini.

e. Pengalaman pengusaha di dalam pengurusan lembu susu memberi lebih keyakinan.

f. Galakan dari kerajaan untuk meningkatkan tahap pengeluaran makanan memberi ruang yang lebih luas kepada projek ini untuk dimajukan.

8.0 RANCANGAN PENTDBIRAN

8.1 Pentadbiran

Sekiranya ladang tersebut beroperasi sepenuhnya, ia akan dikendalikan oleh kakitangan seperti dinyatakan di bawah:-

Pengurus (Pemilik) 1 Orang

Pengurus ladang 1 Orang

Kerani/Jurutaip 1 Orang

Pemandu 2 Orang

Pekerja Ladang 5 Orang

Carta Organisasi




9.0 RANCANGAN OPERASI

9.1 BAKA LEMBU

Baka lembu yang dipilih ialah baka kacukan Fresian Sahiwal 75 %. Baka ini mempunyai kebaikan seperti berikut:-

a. Pengeluaran susu yang tinggi (3000 liter hingga 4000 liter susu per laktasi)

b. Jarak beranak dalam tempoh 12 bulan

c. Tidak garang dan mudah dikendalikan

d. Tahan cuaca panas

e. Susunya mempunyai kandungan lemak tinggi

f. Bentuk badan yang baik

9.2 MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi memastikan kejayaan projek ini, pegnusaha akan menghantar pekerja-pekerja mengikuti kursus-kursus kemahiran teknikal.

Beberapa institusi telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut antaranya:-

i. Institut Haiwan Kluang

ii. Ladang-ladang swasta dalam dan luar negara

Kursus-kursus yang diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek berjalan

dengan lancar dan cekap.

9.3 SUMBER INPUT LADANG

Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar

yang berhampiran.

9.3.1 Dedak (DCP)

Terdapat tiga pembekal utama di kawasan selatan

a. Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu .

b. Syarikat Cargill Sdn Bhd, Melaka

c. Syarikat Federal Flour Mill Sdn Bhd, Melaka

9.3.2 Hampas kelapa Sawit (PKC)

Pembekal yang dikenal pasti adalah:-

a. Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu.

b. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor

c. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor

Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti

yang diperlukan.

9.3.4 Jagung

Jagung boleh diperolehi dari pembekal swasta.

9.3.5 Molasses

Pembekal adalah dari Pusat Perkhidmatan Tenusu dan syarikat Swasta.

9.3.6 Rumput

80% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput. Jenis rumput yang akan ditanam adalah dari jenis “Napier” sebagai rumput potong dan Brachiara decumbens sebagai rumput ragut.

9.3.7 Sumber Ternakan

Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta. Pada masa ini pembekal utama yang membekal induk tenusu ialah.

1. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia

2. Agensi / Pembekal Swasta

a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Petaling Jaya Selangor

b. Urusfolio Sdn Bhd

3. Import dari luar negara .

9.3.8 Sumber Tenaga Buruh

Dalam menjalankan projek ini tenaga pekerja terlatih dan tidak mahir diperlukan. Tenaga pekerja boleh diperolehi dari sumber berikut:-

a. Tenaga pekerja terlatih boleh diperolehi dari Pusat Pengajian Tinggi

seperti Universiti Putra Malaysia dan Institut Pertanian serta pesara kakitangan JPH.

b. Tenaga kerja tidak mahir diperolehi dari penduduk sekitar lokasi

Projek dan tenaga buruh impot Indonesia. Tenaga buruh yang tidak mahir akan dilatih untuk tugas-tugas memberi makanan, membersihkan kandang dan memerah susu.

9.3.8 Khidmat nasihat dan Perkhidmatan Veterinar

Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri. Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan adalah:-

a. Khidmat nasihat dan bimbingan

b. Perkhidmatan Permanian Beradas

c. Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Ternakan

d. Khidmat nasihat pemakanan

e. Khidmat kawalan mutu susu

f. Pemasaran susu

9.3.9 Kawalan Mutu Susu

Hasil susu yang dikeluarkan dijamin mutunya. Kawalan mutu susu akan dijalankan oleh Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Kluang. Pegawai-pegawai PPIT akan menjalankan pemeriksaan diperingkat ladang dan penjualan.

Susu yang tidak mencapai piawaian akan disingkirkan. Dengan kawalan mutu yang ketat ini mutu susu dan daging yang dikeluarkan adalah dijamin memuaskan.

9.4 RANCANGAN OPERASI SISTEM PEMELIHARAAN TERNAKAN

Lembu Susu

i. Lembu-lembu susu diberi pemerhatian secara individu terutama dari aspek pemakanan, kesihatan dan keadaan fizikal bagi memastikan pengeluaran susu pada tahap maksima.

ii. Kerja-kerja harian seperti pemerahan susu, pemberian makanan dan program kesihatan dilakukan dengan berjadual.

iii. Kandang dan kawasan pemerahan sentiasa bersih bagi mengurangkan masalah penyakit dan pencemaran.

iv. Lembu-lembu susu dilepaskan ke dalam padok khas selepas setiap kali pemerahan susu bagi tujuan:-

a. Pembersihan dan pencucian kandang.

b. Pengisian makanan (rumput dan konsentrate) dalam palong makanan.

c. “Exercise” dan pengambilan rumput.

v. Pagar letrik akan digunakan bagi tujuan kawalan ketika meragut.

vi. Jumlah pemberian konsentrate bergantung kepada jumlah pengeluaran susu individu.

Lembu Bunting Berat (7-9 bulan)

i. Lembu-lembu disimpan di dalam kandang khas.

ii. Lembu-lembu yang menunjukkan tanda-tanda hendak beranak akan dimasukkan ke dalam kandang beranak. Disimpan hingga melahirkan anak.

iii. Rumput segar dan konsentrate diberi setiap hari dan dimasukkan ke dalam palong makanan.

Anak Lembu

i. Anak-anak lembu yang baru lahir dibiarkan bersama ibu selama 8 – 12

jam untuk penyusuan kolostrum.

ii. Anak yang telah mendapat susu kolostrum diasingkan dari ibunya dan

disimpan di petak khas.

iii. Pemberian susu gantian (CMR) diberi 2x/Sehari sehingga berumur tiga

(3) bulan.

iv. Anak lembu berumur tiga bulan akan menjalani proses cerai susu dan

dibiarkan meragut didalam padok.

Lembu Yearling dan Dara

i. Lembu-lembu dibiarkan meragut didalam pedok.

ii. Lembu-lembu dibawa balik ke kandang untuk tujuan pemberian konsentrat, pemeriksaan dan rawatan.

iii. Dilepas semula ke dalam padok selepas selesai pengambilan konsentrate.

9.5 RANCANGAN OPERASI SISTEM PENGURUSAN PERLADANGAN

SISTEM PEMAKANAN

a. Pemakanan Ibu Perah

Ibu yang diperah akan diberi makan mengikut kadar pemakanan yang ditetapkan. Jenis makanan yang diberi adalah dari jenis makanan campuran dedak, hampas soya, rumput dan molasses.

i. Makanan campuran diberi sebelum pemerahan susu

ii. Rumput akan diberi didalam palong diluar kandang 2 kali sehari pagi dan petang.

iii. Rumput Napier digunakan sebagai foder dan Brachiaria decumbens sebagai ragutan.

b. Pemakanan Ibu Kering

Lembu-lembu ibu yang kering susu adalah lembu yang tidak mengeluarkan susu kerana:-

a. Telah bunting 7 bulan

b. Pengeluaran kurang 3 liter / sehari dan perlu diberhentikan.

c. Tempoh laktasi melebihi 305 hari.

· Lembu-lembu diasingkan dari induk lembu yang sedang mengeluarkan susu.

· Pemberian makanan kepada mereka adalah kurang dari lembu induk yang diperah.

· Lembu-lembu ini dibiarkan meragut didalam padok dan dibawa balik ke kandang untuk tujuan:-

i. Pemeriksaan tahap kesihatan / rawatan

ii. Bancian

iii. Pemberian makanan tambahan

c. Pemakanan Anak

Anak lembu dibahagikan kepada 3 peringkat:-

i. Peringkat umur 1 hari hingga 3 bulan

Pada peringkat awal 3 - 5 hari, anak lembu diberi susu kolostrum. Dari 6 hari hingga 3 bulan anak lembu akan diberi susu gantian dan diajar makan dedak dan rumput secara berperingkat-peringkat.

ii. Peringkat 3 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini lembu telah biasa makan makanan dedak dan rumput. Mereka mula dilepas ke kawasan ragutan. Pagar letrik digunakan bagi tujuan kawalan ketika meragut.

iii. 6 bulan keatas

· Pada masa anak lembu diberi makan hampas Kelapa Sawit, air dan rumput, pemilihan anak-anak untuk stok gantian dijalankan. Anak yang kurang bermutu dijual atau diasingkan untuk dijadikan lembu pedaging.

· Anak-anak lembu yang terpilih akan dipelihara dan dibiarkan meragut didalam padok.

· Pagar letrik digunakan bagi tujuan kawalan ketika meragut.

9.6 RANCANGAN OPERASI PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN

Pengurusan Kesihatan Harian

Kesihatan merupakan salahsatu faktor penting dalam penternakan lembu tenusu. Penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Lembu yang sihat akan mengeluarkan susu yang banyak dan anak yang sihat akan cepat membesar.

Program Kesihatan Gerompok

Pengambilan sampel darah akan dijalankan 1 tahun sekali bagi mengesan penyakit Brucellosis, Tuberculosis dan Johnes.

Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan keguguran dan boleh berjangkit kepada manusia.

Jenis-jenis Penyakit

Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang lembu-lembu tenusu ialah:-

a. Barah ambing (mastitis)

b. Anorexia

c. Milk Fever

d. Cacing

e. Foot rot

Kaedah pencegahan amat perlu dilakukan seperti pemberian makanan yang cukup dan seimbang serta meningkatkan tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling serta mengawasi program kesihatan.

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak lembu adalah:-

a. Joint ill / Arthritis

b. Pneumonia

c. Malnutrian

d. Cirit Birit

Penyakit diatas boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, vitamin dan

mineral. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling

perlu ditingkatkan.

9.7 RANCANGAN OPERASI PELAN PEMBANGUNAN PERLADANGAN

Pertimbangan

I. Kawalan sisa dari ladang dengan sistem zero discharge perludilakukan dengan mengambil kira kuantiti pengeluaran sisa, saiz dan sistem kolam rawatan yang dibina dan penggunaan semula sisa “diproses”.

II. Penggunaan dari penyelenggaraan serentak kawasan ragutan yang luas akan memudahkan penyelenggaraannya.

III. Bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat Berdasarkan kriteria semasa dari segi keluasan dan senireka bangunan tempatan akan diutamakan.

IV. Ciri asas bangunan-bangunan ini termasuklah kemudahan urusan daaman, kepelbagaigunaan dan selesa dengan kos penyelenggaraan yang minima.

Kawalan Sisa Dari Ladang

I. Kawalan sisa dari ladang akan dibangunkan dengan saiz dan sistem kolam/lagon yang berpadanan dengan jumlah ternakan dan kos yang paling munasabah dengan keperluan tersebut serta sistem yang bersifat mapan.

II. Penggunaan air di dalam aktiviti pemerahan susu diminimakan dan dimana perlu air basuhan diguna semula.

III. Pembersihan kandang diunit-unit dilakukan dengan menggunakan scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke kawasan takungan, pada masa yang sama menjimatkan penggunaan air.

IV. Sistem dua longkang akan dibina untuk mengasingkan pengaliran air hujan dengan pengaliran sisa cecair.

V. Longkang untuk sisa cecair terletak berhampiran dengan kandangdan lebih kecil. Longkang untuk air hujan pula terletak sepadan dengan kedudukan atap kandang.

VI. Pengasingan sisa pepejal pada peringkat awal akan mengurang kan beban takungan sisa. Sisa pepejal ini akan diguna semula bergantung kepada keperluan pastura dan pengurusan.

Kompleks Pemerahan Susu

I. Adalah dicadangkan hanya satu kompleks pemerahan susu diwujudkan diladang ini.

II. Kompleks ini akan menampung keperluan memerah susu bagi Sekurang-kurangnya 100-200 ekor lembu setiap hari.

III. Janakuasa elektrik berkuasa diesel akan membekalkan kuasa Ketika gangguan bekalan elektrik.

IV. Kompleks ini akan ditempatkan di kawasan yang agak tinggi Dan pengaliran menggunakan tarikan graviti akan diutamakan.

V. Keperluan komplek pemerahan susu adalah seperti berikut:-

Milking Parlour 1 Unit

Bilik Simpanan Susu (Milk room) 1 Unit

Holding yard 2 Unit

Dipping race 1 Unit

Loading ramp 1 Unit

Tangki Gula Merah/Molasses 1000 gelen 2 Unit

Stor Makanan 1 Unit

Kandang Beranak (Calving Pen) 1 Unit

iv. Kedudukan sebenar kompleks ini akan ditentukan setelah Mengambilkira pembangunan lain di kawasan berdekatan.

v. Keseluruhan palang, jerejak dan tiang untuk holding yard,

dipping race, loading ramp, travis dan kandang beranak akan

dibina menggunakan paip galvanized iron (G.I)

Keperluan Kompleks Pemerahan Susu

a. Milking Parlour - Keluasan dan rekabentuk milking parlour akan ditentukan bersama dengan pembekal. Begitu juga dengan bilik simpanan susu (milk room).

b. Kawasan Menunggu (Holding Area) - Kawasan tempat menunggu (Holding area) akan dibina bersebelahan dengan milking parlour. Palong makan dan minum akan dibina didalam kawasan tempat menunggu (Holding Area).

c. Lantai kawasan ini diperbuat daripada simen yang tahan untuk kegunaan ternakan iaitu setebal enam inci (6”) atau 15.24 cm, tidak licin (untuk mengelakkan ternakan tergelincir) dan juga tidak terlalu kesat (untuk mengelakkan masalah kerosakan kuku).

d. Seperti mana bumbung pada milking parlour, bumbung di kawasan ini perlulah tinggi untuk menyejukkan keseluruhan bahagian dalamnya.

e. “Holding Yard” dan Celung (Travis) - Kawasan ini akan dibina dengan menggunakan paip G.I dengan jarak antara jerejak atau palang 2 kaki. Celung (travis) dibina dengan lebar 27 inci dan tinggi 5 kaki.

f. Dipping Race” - Bangunan ini digunakan untuk aktiviti penyahkutu ternakan. Ia akan dibina berdekatan dengan milking parlour iaitu bersambung dengan holding yard.

g. Bahagian dimana ternakan masuk akan mempunyai tempat untuk merendak kaki (foot bath) seluas 4’ x 3’ x 8’. Dip akan dibina sedalam 9 kaki dengan lebar 3 kaki. Anak tangga akan dibina selepas 10 kaki dari jarak permulaan dip.

h. Dinding konkrit akan dibina dengan ketinggian yang tidak sama di mana dinding setinggi 4 kaki dibina dari aras tanah sepanjang 10 kaki pertama kemudian 2.5 kaki sepanjang 16 kaki.

i. Dinding konkrit itu bersambung dengan ketinggian 2 kaki sepanjang 9 kaki dan selepas itu sejauh 2 kaki akan dibina dinding konkrit setinggi 1 kaki seperti pelan berkembar.

j. Satu (1) lubang untuk pengeluaran air akan dibuat bergarispusat 3 inci dengan stop cork dan di atas aras tanah, satu (1) handle diperlukan untuk melaras pengeluaran air daripada lubang tersebut.

k. Binaan ini memerlukan perlindungan daripada air hujan. Oleh itu bumbung perlu dibina sepanjang 41 kaki.

l. “Loading ramp” - Binaan ini digunakan untuk memudahkan pengendalian ternakan apabila aktiviti pemindahan menggunakan kenderaan untuk pemindahan atau pengeluaran ternakan.

Kandang beranak / “Calving

a. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak diasingkan daripada kumpulan bunting di unit bunting ke kandang beranak.

b. Kandang ini dibina untuk mempastikan pengawasan beranak yang teliti yang akan membolehkan anak dilahirkan didalam kandang yang bersih dan mendapat perhatian awal terutama mendapat kolostrum yang cukup.

c. Ia juga akan menyenangkan pengawalan dan tindakan terhadap kes-kes kesukaran beranak (dystocia). Selepas beranak, anak akan diasingkan di unit anak.

d. Kandang individu yang dibina digunakan untuk ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak.

e. Ia perlu dialaskan (bedding) dengan bahan kering yang tidak kesat dan tidak terlalu licin yang senang dicuci. Lantainya diperbuat daripada konkrit seperti juga kandang-kandang lain.

f. Kandang beranak akan terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu kandang individu dan kawasan untuk kumpulan. Kesemua 8 unit kandang individu, bersaiz 8’ x 10’ setiap satu, akan mempunyai palung makanan panjang di bahagian luar kandang.

g. Air minuman akan dibekalkan didalam mangkuk air kawalan sentuh. Disebelah kandang individu, satu kawasan seluas 75’X28’ dibina untuk ternakan yang sudah beranak sehingga 3 hari di mana kumpulan ini akan diperah kolostrum untuk kegunaan unit anak.

h. Kumpulan ini akan diberi konsentrate dan rumput foder.

Susun Atur Ladang dan Aliran Ternakan

a. Kedudukan unit-unit didalam ladang berkait rapat dengan aliran pergerakan ternakan yang akan memudahkan pengurusan ternakan dan pastura. Ternakan yang diperah susu akan berada diunit tenusu selama 270 hari kecuali yang telah berhenti mengeluarkan susu lebih awal.

b. Ternakan yang akan beranak dipindahkan kekandang beranak di unit tenusu dan setelah beranak akan dimasukkan ke kumpulan tenusu, manakala anak akan dipindahkan ke unit anak.

c. Anak akan ditempatkan diunit anak selama tiga (3) bulan dan Selepas dicerai susu ia akan dipindahkan ke unit weaner . Dari unit weaner, ternakan akan dipindahkan ke unit yearling setelah berumur dua belas (12) bulan di mana di sini lembu jantan dan betina diasingkan.

d. Lembu jantan akan dijual dan sebahagian kecil yang terpilih akan disimpan di dalam ladang untuk tujuan pembiakan. Lembu yearling betina kemudiannya dipindahkan ke unit dara dan unit pembiakan apabila mencapai umur untuk dibiakkan.

e. Sebahagian daripada lembu dara akan dijual sebagai baka. Ternakan yang tidak memberikan prestasi yang baik akan dikeluarkan dan dipindahkan di unit singkiran sementara dikeluarkan atau dijual.

Carta Aliran Ternakan




.










Masalah pembiakan

















dipindahkan ke unit weaner








Asingkan lembu jantan dipindahkan ke unit yearling setelah berumur dua belas (12) bulan


Asingkan betina dipindahkan ke unit yearling setelah berumur dua belas (12) bulan





Lembu jantan akan dijual atau ke fidlot.













JUALAN SUSU













Operasi harian Ternakan

Lembu-lembu susu akan dibiar meragut didalam padok dan di bawa balik kekandang bagi tujuan pemerahan, pemberian konsentrate, pembiakan dan rawatan. Pemberian konsentrate bergantung kepada tahap pengeluaran susu dan diberi sebanyak dua kali sehari.

i. Anak lembu akan diasingkan daripada ibu sehari selepas beranak dan disimpan dikandang-kandang individu dan diberi susu gantian.

ii. Anak lembu selepas cerai (3 bulan) hingga matang akan dilepaskan ke pedok lembu untuk tujuan ragutan

iii. Pemerahan susu dilakukan dua kali sehari dengan menggunakan sistem pemerahan yang moden (Modern Milking Parlour).

iv. Pada peringkat awal projek seekor ternakan dijangka dapat mengeluarkan susu purata 12 liter sehari dan meningkat kepada 15 liter sehari dalam tempoh pemerahan selama 290 –300 hari.

v. Pembiakan dilakukan secara permanian beradas (A.I) dengan menggunakan semen dari baka lembu Fr/Sah yang terpilih.

vi. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap optima dengan pengawalan program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran, kematian, penyelarasan berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan hal-hal lain yang ada kaitan dengan prestasi ternakan.

vii. Program pemilihan akan dilakukan secara lebih teliti dan sistematik bagi memastikan hanya ternakan yang bermutu sahaja dipelihara.

BANGUNAN UNTUK TERNAKAN

a. Semua bangunan untuk kegunaan teduhan ternakan perlu sejuk dan selesa. Dengan itu jenis dan bahan bumbung yang menyejukkan perlu digunakan dan sistem penyejukan mungkin diperlukan ditempat-tempat tertentu.

b. Pembinaan kandang ini juga perlu mengambil kira ruang yang diperlukan sekiranya jentera besar digunakan didalam aktiviti pembersihan kandang.

c. Keseluruhan palang (railing) dan tiang untuk kandnag dan bangsal teduhan akan menggunakan paip G.I dan bumbung daripada aluminium.

d. Bangsal teduhan perlu dibina dalam semua petak ragutan di unit anak. Untuk memudahkan pengurusan dan penjimatan kos, dimana sesuai satu bangsal teduhan akan dibina di bahagian tengah bagi empat atau tiga petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga perlulah disediakan alat penangkap kilat.

Keperluan kandang di Unit Anak:

Kandang 1 Unit

Stor 1 Unit

Control Yard 1 Unit

Loading ramp 1 Unit

Spraying race 1 Unit

Bangsal Teduhan 5 Unit

Keperluan kandang selain di Unit Anak:

Kandang 2 Unit

Dipping Race 1 Unit

Loading ramp 1 Unit

KANDANG ANAK

a. Kandang

Kandang untuk anak dibina dengan bebrapa bahagian. Kandang individu bersaiz 5’ x 2.5’ sebanyak 16 petak digunakan untuk anak berumur 1 – 3 hari. Kemudian anak berumur 4 hari hingga 1 minggu ditempatkan di kandang kumpulan bersaiz 10’ x 10’ sebanyak 12 petak. Terdapat satu kawasan seluas 20’ x 20’ digunakan untuk membancuh susu gantian (Milk replacer) untuk kegunaan di unit ini. Dibahagian ini akan diletakkan pemanans air (water heater) untuk membancuh susu. Satu kawasan untuk anak di kandang kumpulan meminum susu akan dibina di bahagian ini.

b. Stor

Bangunan stor kandang anak adalah sama bentuknya dengan stor makanan di kompleks pemerahan susu tetapi dengan saiz yang berbeza. Di sebelah stor makanan, akan dibina stor untuk barang-barang am dan peralatan kecil.

c. Control Yard”, “Loading ramp” dan “travis

Ketiga-tiga binaan ini sama bentuk dengan binaan yang terdapat kompleks pemerahan susu tetapi jarak antara palang/pagar railing lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz anak. Travis akan dibina dengan lebar 1.5 kaki dan panjang 33 kaki.

d. Spraying race

Satu kawasan akan dibina untuk tujuan penyahkutu di unit anak, bersebelahan dan bersambung dengan control yard. Dua (2) bahagian berbentuk separa bulat berjejari 13.9 kaki (4.25 m) digunakan untuk mengasak ternakan ke dalam kawasan semburan/spraying race. Kawasan semburan dibina dengan lebar 2.0 kaki (0.62m) dan panjang 13 kaki (4 m). Dinding konkrit setinggi 6 kaki akan dibina dan bumbungnya juga dibina daripada konkrit.

Lubang untuk air semburan keluar dibina dibahagian bawah, atas dan kedua-dua sisi. Enam set lubang (nozzle), tiap satu terdiri dari 9 lubang berselang 1 kaki, dipasang dengan kedudukan tertentu: dua set di setiap sisi dan satu set di atas dan di bawah. Bahan kimia dan pam yang digunakan akan ditempatkan dalam satu kolam bersaiz 3’ x 3’ x 3” disebelah luas kawasan semburan.

e. Bangsal Teduhan

Bangsal teduhan akan dibina dengan 3 saiz yang berbeza bersesuaian dengan kumpulan umur anak yang berbeza. Bagi kumpulan anak berumur 2 minggu hingga 1 bulan, saiz bangsal teduhan iailah 15’ x 10’. Bangsal teduhan bersaiz 18’ x 12’ akan digunakan oleh kumpulan anak berumur 1-2 bulan dan bersaiz 24’ x 12’ bagi bangsal untuk kumpulan 2 – 3 bulan. Bangsal teduhan ini akan dibina untuk digunakan oleh 4 petak ragutan. Oleh itu, 4 pintu pagar dengan lebar 3 kaki akan dibina untuk memudahkan pengurusan anak.

Di dalam bangsal teduhan akan dibina atau diletakkan kemudahan meminum susu, palong makanan dan tempat takungan air. Kemudahan ini perlulah menepati keperluan anak yang masih menyusu dan bersaiz kecil.

Kandang Di Unit-unit Lain

Unit Weaner, Yearling jantan, Yearling betina, Dara, Pembiakan, Bunting dan singkiran memerlukan satu kandang setiap unit untuk tujuan kawalan ternakan serta pemeriksaan.

a. Kandang

Kandang weaner bersaiz 80’ x 40’. Bahan bumbungnya sama seperti kandang beranak begitu juga dengan lantai. Palong makanan dan palong air akan dibina daripada konkrit yang sama saiz, dengan panjang kandangdan lebar dua (2) kaki. Lain-lain kandang berukuran 130’ x 60’. Struktur di dalam kandang seperti bumbung, lantai, pagar kandang, palong makanan dan palong air adalah sama seperti kandang weaner.

b. Stor Makanan

Setiap kandang di unit perlu mempunyai stor bersaiz 10’ x 21’ untuk menyimpan makanan.

c. Dipping Race”

Dipping race perlu dibina di tiga (3) tempat iaitu dikompleks pemerahan susu

dan dua kawasan strategik lagi untuk emnampung jumlah ternakan yang

banyak. Loading ramp juga perlu dibina diempat (4) unit iaitu di komnpleks

pemerahan susu, unit anak dan di dua unit lain yang perlu bergantung kepada

kedudukan unit-unit di ladang.

PASTURA

Pembangunan Pastura

a. Sehingga muncul spesies baru yang lebih baik, mudah diselenggara danProduktif, Brachiara decumbens akan menjadi rumput paling utama dalam ladang. Cynodon dactylon, C. platystacheus, Digitaria decumbens, D.setvalva dan Panicum spp (Guinea) akan ditanam untuk anak-anak lembu.

b. Rumput-rumput lain seperti Setaria spp, B.humidicola dan B.ruziziensis

Akan ditanam di kawasan-kawasan yang sesuai. Rumput-rumput dan tanaman lain akan dicuba dari masa ke semasa dalam usaha mendapatkan rumput dan bekalan makanan yang paling baik dan ideal.

Cadangan Keluasan Pastura

a. Seluas 80 % akan digunakan untuk pastura dan 20% daripada keluasan akan Digunakan untuk kompleks pemerahan susu, pejabat dan setor, perumahan, kandang, jalan sungai, terusan dan pagar.

Spesies Rumput Peratus Kegunaan

1. Brachiara decumbens 70% Dewasa

2. Napier 20% Lembu Susu

3. Guinea 30% Anak

Jumlah 100%

b. Pengurusan anak yang mempercepatkan proses penyesuaian kepada pastura daripada umur tiga (3) bulan kepada satu (1) minggu, petak ragutan anak dikecilkan kepada 0.125 ekar bagi anak berumur 2 hingga 3 bulan (Kumpulan 24 ekor), 0.05 ekar bagi anak berumur 1 hingga 2 bulan (Kumpulan 18 ekor), 90’ x 40’ bagi anak berumur 1 minggi hingga 2 minggu (Kumpulan 9 ekor) dan bagi anak yang dicerai susu (3 bulan, kumpulan 48 ekor), petak ragutan seluas 0.25 ekar digunakan.

Keperluan Biji Benih

Sp. Rumput B/Benih Keluasan

1. Brachiara decumbens 6 kg/ekar 80 %

2. Cynoda dactylon vegetatif 3 %

3. Setaria spp 8 kg/ekar 3%

4. Digitaria decumbens 6 kg/ekar 2%

5. D.setivalva 6 kg/ekar 4%

6. Guinea 8 kg/ekar 2%

7. Lain-lain 6 kg/ekar

PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

JALAN

Ukuran saiz jalan akan menggunakan pelan piawaian sesuai dengan kegunaannya.

Jalan Sempadan

Satu jalan sempadan akan dibina di sepanjang sempadan bagi memudahkan rondaan. Jalan laterit selebar 10’ dengan bahu jalan 5’ dianggarkan sepanjang 21 km.

Jalan Ladang

Jalan utama ladang di bahagian lain pula laterit dan selekohnya akan mampu menampung dua trailer yang ditarik serentak. Jalan ladang/petak ragutan akan bersaiz kecil daripada jalan utama ladang dengan lebar 8 kaki.

TERUSAN DAN PERPARITAN

Selain takungan air bagi tujuan pengolahan dan pembersihan yang akan dikawal

ketat, lebihan air hujan dan juga air keperluan ladang akan ditakung dalam parit

dan tali air buatan. Keupayaan takungan ini akan diuruskan bersama JPS dan akan

diutamakan dilaluan air semulajadi. Empangan dan tandop akan juga digunakan

sebagai jalan bagi kegunaan manusia dan ternakan. Rekreasi air dan lain-lain

bentuk rekreasi yang sesuai boleh dipertimbangkan untuk masa hadapan.

CULVET”

‘Culvet’ akan digunakan di kawasan alur parit yang kecil.

CATTLE TRAP’

Penggunaan Cattle trap di dalam ladang akan diutamakan untuk mengurangkan penggunaan pintu pagar. Ia akan dibina dipetak ragutan, sempadan unit, di jalan utama memasuki komplek perumahan dan dibahagian hadapan dip kenderaan. Ia akan dipasang dengan Angle Iron 2.5 inci lebar dan 2 inci sendeng, dengan jarak antara dua angle iron di bahagian bawah 2.5 inci dan jarak dibahagian atas 5 inci.

PAGAR

Pagar Sempadan

Pagar sempadan akan dibina dengan menggunakan pagar cyclone

Pagar Petak Ragutan

Semua pagar petak ragutan akan menggunakan pagar letrik.

Pintu Pagar

Pintu pagar petak ragutan akan berukuran 10 kaki lebar dan 4.5 kaki

Tinggi dengan menggunakan tiang paip G.I bersaiz 3 inci.

Pintu Pagar Sempadan

Pintu pagar sempadan akan menggunakan cyclone dengan tiang paip G.I bersaiz 3 inci. Pintu pagar menggunakan cyclone akan dibina sebanyak 4 unit iaitu pintu masuk utama selepas jalan masuk, pintu masuk ke kompleks pejabat dan stor, pintu sempadan timur laut dan pintu sempadan tenggara.

CIRI-CIRI YANG AKAN WUJUD / ‘FEATURE’

Setelah mengambilkira semua keperluan pembangunan ladang baru ini, maka beberapa feature akan terwujud, antaranya:

1. Sistem zero discharge

2. Terusan dan taliair bersih tidak tercemar

3. Pemusatan aktiviti pemerahan susu

4. Pemusatan pengurusan

5. Sistem kumbahan untuk kawalan pencemaran

6. Penggunaaan sistem slurry untuk pembajaan rumput

7. Saiz petak ragutan yang sekata

Konsep mesra alam akan merangkumi pembinaan sistem kolam kumbahan dimana air dari kolam kumbahan terakhir akan digunakan semuala dengan sistem slurry untuk pembajaan pastura.

Lokasi ladang yang begitu strategik dengan sistem perhubungan yang baik serta kemudahan infrastruktur, ianya amat sesuai dibangunkan selain dari ladang tenusu ianya sebagai ladang pembekal lembui dara

Selain dari itu ianya berpotensi untuk menjadikan pusat latihan hands-on kepada pengusaha-pengusaha tenus yang baru .

10.0 RANCANGAN PEMASARAN

Dalam menjalankan projek ini pemasaran adalah penting. Projek ini menghasilkan empat jenis produk iaitu:

i. susu segar

ii. Lembu singkiran untuk daging

iii. Lembu jantan pengemukan pedaging

iv. Lembu Heifer (dara) baka tenusu.

CARTA ALIRAN STRATEGI RANCANGAN PEMASARAN










Straregi Rancangan Pemasaran Susu

a. Secara jualan terus kepada pengguna

Pengguna akan membuat pesanan dan pengurusan projek akan menghantar terus kerumah-rumah mereka. Pemasaran cara ini dijangka akan dijalankan 5% dari pengeluaran. Harga seliter susu adalah RM3.20.

b. Jualan ke Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu Kluang

Jualan ini dibuat secara borong. Pihak PPIT Kluang akan membeli dengan harga RM1.35/liter tanpa had jumlah yang akan dikeluarkan. Dengan adanya jaminan pasaran, projek ini tidak menghadapi masalah. Susu yang dikeluarkan akan dihantar ke PPIT berhampiran.

Strategi Rancanga Pemasaran Lembu sinkiran untuk daging

a. Menjual lembu bermasalah, tua dan tidak produktif secara terus kepada pembeli.

b. Menjul daging lembu pada musim-musim tertentu

c. Menjual untuk acara keugamaan seperti aqiqah dan korban dengan harga RM 2000 /ekor betina dn RM 2200 /ekor untuk jantan

Strategi Rancangan Pemasaran Lembu feeder jantan untuk penggemuk

a. Anak-anak lembu jantan dijual kepada penternak fidlot dengan harga RM 6.00 /kg dan di anggarkan ternalkan di jual pda berat 150 kg.

b. Pengusaha akan memelihra sendiri dengan cara fidlot dan diual pada berat 350 kg dengan harga RM6.00/kg.

Strategi Rancanagan Pemasaran Lembu dara

c. Anak-anak lembu dara yang baik dijual kepada penternak tenusu dengan harga RM 10 /kg dan diangggarkan ternalkan di jual berat 280 - 350 kg.

d. Anak-anak betina yang tidak terpilih akan memelihra sendiri dengan cara fidlot dan dijual pada berat 350 kg dengan harga RM6.00/kg.

11.0 RANCANGAN KEWANGAN

Tujuan rancangan kewangan ini ialah untuk menunjukkan akan penggunaan wang modal di mana sebanyak RM 1,334,529 sebagai kos tetap infrastruktur dan pembelian ternakan manakala RM 410,997 kos kendalian tehun pertama.

Walaubagaimana pun kos kendalian tahun pertama dapat dia tanggung dari hasil jualan ladang sebanyak RM 631,800.

Sila rujuk alir tunai kewangan untuk melihat pecahan wang modal berkenaan yang akan dirancang untuk digunakan.

ANALISA KEWANGAN

Dari analisa kewangan, cadangan projek ini berdaya maju dengan kadar pulangan dalaman (IRR) yang tinggi

KADAR PULANGAN DALAMAN (IRR, )ialah 31.62

NILAI KINI BERSIH dengan df 10 % ialah RM211854 manakala dengan df 15% ialah

RM 1159454 ini menunjukkan bahawa projek adalah berdaya maju.

Nisabah Faedah kos (BCR) dengan df 10% ialah 1.65 manakala df 15% ialah 1.49. Indikator ini menunjukkan nilai kini pulangan yang tinggi dibandingakan dengan nilai kini kos.

Tempoh pulang modal dianggarkar 4.3 tahun adalah jangka masa munusabah untuk projek berskala sederhana.

12.0 PROJEK MASA DEPAN

a. Penusaha merupakan ahli bekas prajurit dan kemahiran dan pengalaman beliau dalam projek ini akan menjadikan kawasan ini pusat latihan amali bakal pesara perajurit yang akan memasuki bidang peternakan.

b. Ladang ini berpotensi untuk dijadikan pusat latihan ‘hands-on’ kepada bakal usahawan-usahawan yang berkecimpung dengan projek ternakan.

13 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasrat kerajaan yang ingin membangunkan program pengeluaran makanan, prospek industri tenusu mempunyai masa hadapan yang cerah. Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri tenusu di negara kita.

Program ladang lembu dara yang dirancang dikawasan ini dapat menambah pendapatan tambahan kepada pengusaha di samping memperbanyakkan lagi bekalan baka ternakan tenusu untuk masa depan negara.

Prospek industri pedaging juga mempunyai masa hadapan yang cerah. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri pedaging di negara kita.

Harga daging segar telah meningkat bukan sahaja di negara kita malah di luar negara juga. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang liberal, peningkatan kepada kos pengeluaran serta permintaan yang meningkat. Hari ini pengeluaran daging segar menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada daging segar semakin meningkat dari masa ke semasa.

Keupayaan mengendalikan serta kemudahan penyimpanan daging segar adalah sangat menggalakkan. Pemasaran dan penjualan daging dibuat dengan teratur dan sistematik serta mengutamakan kesihatan pengguna dan tahap kebersihan.

Pengusaha berasa penuh yakin projek yang telah dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha.